• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)

Facing The New Normal, School Transformation

Pandemik Covid-19 yang melanda tidak menghalang pertandingan rekacipta “DIY Made Simple” diteruskan.  Pertandingan yang telah dianjurkan sejak 2017 oleh Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Mr D.I.Y Sdn. Bhd. merupakan pertandingan rekacipta untuk menambahbaik prasarana atau ruang sekolah dengan menggunakan bahan buangan dan kitar semula secara “do-it-yourself (DIY). Pertandingan “DIY Made Simple” terbuka kepada pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia dan mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Bertema “Facing The New Normal, School Transformation” ini dipilih selaras dengan garis panduan baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena dengan pembukaan sekolah secara bersemuka sepenuhnya tanpa penggiliran bermula pada 4 April 2022 yang lalu.

Pertandingan ini terdiri daripada 3 Fasa.Fasa 1 merupakan cadangan idea rekacipta oleh murid yang diusulkan melalui video. Fasa 2 pula ialah fasa pembangunan model produk yang memerlukan pasukan yang terpilih untuk menghasilkan model produk secara terperinci serta dibentangkan kepada juri dan Fasa 3 adalah fasa merealisasikan model yang telah dibuat di kawasan sekolah. Setiap pasukan yang terpilih ke Fasa 3 akan dibimbing oleh mentor dan pembantu mentor yang terdiri daripada pensyarah Universiti Malaya. Memetik ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Ir. Dr. Shaliza Ibrahim, “Pertandingan DIY Made Simple telah menghubungkan akademia, industri, komuniti dan kerajaan dan secara tidak langsung berfungsi sebagai platform untuk perkongsian ilmu dengan komuniti sekolah. Kami menerima maklum balas positif daripada komuniti sekolah kerana mereka menyaksikan impak yang luar biasa selepas menyertai pertandingan ini ‘. Tambahan beliau “Apa yang lebih menarik, pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar dari semua peringkat pencapaian akademik untuk bekerjasama dalam persekitaran projek. Acara ini juga membuktikan bahawa kerjasama antara pelbagai organisasi; universiti, kerajaan, industri, dan masyarakat, dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan komitmen penuh daripada semua pihak yang terlibat”.

Tahun 2022 merupakan tahun keenam pertandingan ini dijalankan dengan bantuan dana dari Mr D.I.Y Sdn. Bhd. Program berbentuk “experiential learning” ini juga menerima sambutan yang menggalakkan daripada sekolah-sekolah di Malaysia apabila sebanyak 850 buah sekolah menyertai pertandingan ini sejak tahun 2017.

Bermula pada tahun 2020, penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19 telah menyebabkan sekretariat pertandingan (Pusat Jalinan Masyarakat –UMCares) membuat beberapa perubahan bagi menyesuaikan konsep pertandingan dengan situasi semasa dan norma baharu. Menariknya, jumlah sekolah yang menyertai pertandingan ini meningkat iaitu sebanyak 104 sekolah mendaftar pada tahun 2021.

Selain daripada menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif, program ini juga mempertingkatkan kemahiran insaniah (soft-skills) seperti kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan dan kepimpinan para peserta. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar dari semua peringkat pencapaian- lemah, sederhana dan cemerlang untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Program ini juga membuktikan kerjasama empat hala di antara universiti, kerajaan, industri dan komuniti mampu dilaksanakan dengan jayanya atas komitmen semua pihak yang terlibat.

 

Highlights