• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)

Majlis Sumbangan Golden Screen Cinema (GSC)

KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI MEMAKSIMAKAN IMPAK KEPADA KOMUNITI

KUALA LUMPUR, 1 April 2022- Majlis serahan dana dari Golden Screen Cinema (GSC) Malaysia kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjumlah RM 20,000 telah diadakan pada harini. Dana merupakan sebahagian daripada hasil kutipan kempen “Hello, We Can!” yang dianjurkan oleh GSC dan disertai oleh UM melalui Pusat Jalinan Masyarakat UM atau singkatannya UMCares.

“Hello, We Can!” ialah kempen oleh GSC yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia berkenaan kesihatan mental, khususnya pada ketika mendepani tempoh pandemik Covid-19. Kempen ini berlangsung dari 28 Julai hingga 8 September 2021, di mana rakyat Malaysia diseru untuk memuat naik hantaran positif dan bermotivasi di media sosial, termasuk Instagram, Twitter, dan TikTok. Hasilnya, lebih 15 ribu hantaran dimuat naik sepanjang tempoh kempen dilaksanakan dan GSC menyumbangkan sebanyak RM10 bagi setiap hantaran.

Menurut Profesor Dr. Nazirah Hasnan selaku Pengarah di PPUM, sumbangan yang diterima akan digunakan dengan sebaiknya bagi memperbaiki dan menaiktaraf bengkel latihan untuk pesakit psikiatri di sini. Beliau sangat menghargai inisiatif yang diperkenalkan oleh GSC dan berterima kasih kerana melibatkan UM melalui UMCares.

“Kerjasama antara universiti dan industri seperti ini wajar dicontohi dan diteruskan di masa hadapan agar sumbangan dari organisasi dapat dipelbagaikan untuk impak dan manfaat yang lebih besar dan signifikan kepada komuniti”, kata Profesor Dr. Nazirah Hasnan. Universiti Malaya (UM) sentiasa mencari dan membuka peluang bagi menjalin kerjasama yang erat dengan pihak luar bagi mempelbagaikan dan memaksimakan impak terhadap komuniti. Ini adalah bertepatan dengan slogan UM iaitu “Serving the Nation, Impacting the World”.

Highlights