• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Pada 9 Disember 2023, telah berlangsungnya program "Klinik Khidmat Nasihat Kewangan Siri 2.0: Bijak Kewangan Keluarga Bahagia" bersama penduduk Taman Dato Harun di Dewan Ilmu Masjid Jumhuriah, Petaling Jaya. Program yang telah berlangsung ini merupakan satu inisiatif dari pasukan penyelidik dari Universiti Malaya di bawah geran penyelidikan Pusat Jalinan Masyarakat (UMCares).

Program tersebut telah dikendalikan oleh dua penyelidik dari Fakulti Perniagaan dan ekonomi selaku pensyarah Universiti Malaya iaitu Prof. Madya Dr. Zalfa Laili Hamzah dan Datin Prof Madya Dr Izlin Ismail. Menerusi klinik khidmat nasihat tersebut, peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang dapat membantu mereka dalam menguruskan kewangan keluarga secara lebih efisien. Antara ilmu pengetahuan yang telah dikongsikan adalah “Panduan Belanjawan Keluarga dan Penyesuaian Gaya Hidup Sihat, Pemakanan serta Kepenggunaan di Fasa Persaraan”. Sewaktu sesi perkongsian berlangsung, peserta diberikan kesempatan untuk menyuarakan pendapat dan pertanyaan berkenaan pengurusan kewangan. Menerusi klinik ini juga, peserta didedahkan dengan pengurusan kewangan peribadi dan keluarga yang mampu memberikan perubahan positif dalam tingkah laku mereka. Ini kerana, mereka telah didorong untuk merancang kewangan, memahami kepentingan simpanan kecemasan dan mengamalkan strategi penjimatan yang terarah untuk masa depan yang lebih stabil.

Antara aktiviti yang mampu memberikan impak kepada mereka adalah dengan pelaksanakan aktiviti pembentangan belanjawan kewangan dari para peserta secara berkumpulan. Dapat disimpulkan bahawa klinik ini telah memberikan impak yang besar kepada penduduk setempat dalam meningkatkan keyakinan mereka dalam menguruskan kewangan keluarga. Pendedahan yang luas terhadap strategi pengurusan belanjawan yang sistematik dan gaya hidup sihat yang menyeluruh mampu memotivasikan minat mereka untuk menguruskan kewangan dan membuat perancangan yang lebih sistematik pada masa akan datang.

Highlights