• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)

GEAR Up! PERINGKAT UNIVERSITI MALAYA 

Program GEAR Up! (Get Ready for University Programme) 2022 merupakan inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA)  untuk melahirkan lebih ramai pelajar atau graduan yang cemerlang serta memiliki ciri-ciri kepimpinan terutamanya dari kalangan pelajar B40 khususnya dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan memasuki alam universiti. Antara objektif lain penganjuran Program GEAR Up! ialah meningkatkan daya saing dan nilai diri kepada pelajar untuk memperkemas aspek keperibadian dan keterampilan di samping menyalurkan maklumat tentang bidang pengajian serta penajaan MARA terutamanya program Young Talent Development Programme (YTP), Tertiary Education Sponsorship Programme dan Asasi Kolej MARA kepada pelajar selepas tamat peperiksaan SPM. 

Program ini mensasarkan penglibatan seramai 2,100 orang pelajar lepasan SPM 2021 dari kalangan B40 di seluruh negara merangkumi 700 orang pelajar Budi MARA dan 1,400 orang pelajar daripada sekolah menengah harian. Program yang mendapat kerjasama daripada 18 buah universiti awam dan swasta ini telah mula dilaksanakan pada pertengahan Mei 2022 yang lalu dan telah berlangsung di beberapa lokasi antaranya Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Multimedia Universiti (MMU) Melaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang dan UiTM Permatang Pauh dengan penglibatan seramai 577 orang pelajar. 

Program GEAR Up! Di peringkat Universiti Malaya telah di lakukan pada 10 -12 Jun 2022 yang lalu dengan penglibatan peserta seramai 92 orang dan 14 orang fasilitator. Sempena dengan tema Mini UM-WOW (Week of Welcome) / Minggu Haluan Siswa (MHS), pelajar-pelajar telah di beri pengalaman dan gambaran pengalaman sebenar kehidupan di kampus.  Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Syed Saifuddin Bin Syd Ahmad, Pengarah MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Sabri Bin Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

1 / 6
2 / 6
3 / 6
4 / 6
5 / 6
6 / 6

Crack The Interview
Explorace
Forum
Talk
Group Activities
Closing Ceremony

Highlights