DIY MADE SIMPLE 2025 - Waste to Energy: Innovate for a Greener Future
Pertandingan ini telah mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pertandingan ini merupakan pertandingan rekacipta untuk menambahbaik prasarana/ruang sekolah atau komuniti setempat secara Do-It-Yourself (DIY). Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah seluruh Malaysia dan dijalankan dalam 2 peringkat:
Peringkat Saringan
Cadangan penambahbaikan dan idea rekacipta oleh murid yang diusulkan melalui video.
Peringkat Akhir
Peringkat merealisasikan produk yang telah dicadangkan di Peringkat Saringan. Setiap pasukan/sekolah yang terpilih ke Peringkat Akhir akan dibimbing oleh mentor dan pembantu mentor yang terdiri daripada para pensyarah Universiti Malaya untuk menghasilkan produk secara terperinci serta dibentangkan kepada juri.
Maklumat lanjut terma dan syarat pertandingan ini boleh klik butang di bawah
LATAR BELAKANG TEMA
Tema “Waste to Energy: Innovate for a Greener Future” menekankan kepentingan inovasi dalam menguruskan sisa pepejal dengan menukarnya kepada sumber tenaga yang boleh digunakan. Dengan peningkatan jumlah sisa harian di Malaysia, kaedah waste to energy (WTE) menjadi alternatif mampan yang bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan terhadap tapak pelupusan sampah, tetapi juga menyokong pembangunan tenaga hijau. Pendekatan ini selari dengan dasar tenaga dan teknologi hijau negara serta menyumbang kepada usaha meningkatkan kadar kitar semula kepada 40% menjelang 2025. Contoh produk adalah seperti berikut
Panel Suria dari Sisa Elektronik – Menggunakan semula komponen elektronik terpakai untuk mencipta panel solar kecil yang boleh menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik.
Penjana Elektrik dari Sisa Plastik – Memproses plastik terpakai melalui pirolisis untuk mengekstrak minyak yang boleh digunakan sebagai bahan api.
Lampu LED Berkuasa Bio-Battery – Menggunakan tenaga dari reaksi kimia sisa organik (contoh: kentang, lemon, atau tanah liat) untuk menyalakan lampu LED kecil.
Turbine Mini dari Air Sisa – Menggunakan aliran air dari pembuangan rumah atau industri kecil untuk menjana elektrik menggunakan turbin mini.
Bateri dari Sisa Logam – Mencipta bateri mudah alih menggunakan bahan seperti sisa aluminium dan cecair elektrolit semula jadi.
Penghasilan Hidrogen dari Air Sisa – Menjalankan elektrolisis pada air sisa untuk menghasilkan gas hidrogen yang boleh digunakan sebagai bahan api bersih.
HADIAH
Semua sekolah yang menyertai pertandingan ini akan mendapat SIJIL PENYERTAAN SECARA DIGITAL
Peringkat Saringan
ANUGERAH
JUMLAH PEMENANG
WANG TUNAI
BAUCAR MR. D.I.Y.
SIJIL DIGITAL
Most Like Video (Terbuka kepada pasukan)
1
RM 500
Penyertaan Sekolah Terbanyak (Terbuka kepada Jabatan Pendidikan Negeri)
5
RM 150
Peringkat Akhir
ANUGERAH
BILANGAN PEMENANG
WANG TUNAI
BAUCAR MR. D.I.Y.
SIJIL
TROFI
JOHAN
1
RM 4,000
RM 300
NAIB JOHAN
1
RM 3,000
RM 300
TEMPAT KETIGA
1
RM 2,000
RM 300
TEMPAT KEEMPAT
1
RM 1,000
RM 300
TEMPAT KELIMA
1
RM 500
RM 300
INSPIRASI
11
RM 300
MOST INTERESTING VIDEO
1
RM 500
Pasukan juga berpeluang untuk
Menjadi MENTEE pensyarah dari UNIVERSITI MALAYA
Lawatan sambil belajar ke UNIVERSITI MALAYA* (tertakluk kepada perubahan)
LANGKAH PENDAFTARAN (PERINGKAT SARINGAN)
Mengisi borang pendaftaran dan penghantaran video cadangan melalui pautan dibawah TARIKH TUTUP : 8 MEI 2024
Pihak sekriteriat akan memuat naik video cadangan projek di laman YouTube MyUMCares Studio dan kongsikan kepada umum untuk mendapatkan Anugerah Most Like Video
Nantikan pengumuman pasukan yang layak ke peringkat akhir di YouTube MyUMCares Studio pada 28 Mei 2025* *tertakluk kepada perubahan tarikh
PASUKAN YANG LAYAK KE PERINGKAT AKHIR
Pembangunan produk selama 2 bulan
Bimbingan daripada mentor dan co-mentor dari Universiti Malaya
Boucher Mr. DIY sebanyak RM 1000 kepada setiap pasukan
Penghantaran video pembinaan produk
Demonstrasi dan penilaian akhir produk di Universiti Malaya
Majlis penyampaian hadiah di Universiti Malaya
Contoh video Cadangan penambahbaikan dan idea rekacipta
DOKUMEN YANG PERLU DIMUAT TURUN
Sebarang persoalan boleh diajukan melalui group WhatApp yang telah disediakan, sila klik pautan yang disediakan.