Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
Program Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Bersama Komuniti Ppr Sri Pantai, Lembah Pantai
Matlamat pembagunan mampan atau lebih di kenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) merupakan bahagian penting dalam Rancangan Malaysia ke 12. Malaysia menyatakan komitmennya untuk bebas karbon pada tahun 2050 di samping meneruskan usaha utamanya dalam menangani isu-isu seperti kemiskinan dan ketidaksamaan, kesihatan, pendidikan dan perumahan.
Menyambut baik komitmen Malaysia dalam Matlamat Pembagunan Mampan, Persatuan Lestari Alam Malaysia, PEMADAM, Universiti Malaya bersama Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur telah menjayakan program Inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan UN SDG 2030 bersama warga PPR Sri Pantai. Program ini adalah salah satu inisiatif Universiti Malaya dalam pembangunan komuniti setempat di bawah inisiatif Universiti Malaya Nadi Lembah Pantai yang di terajui oleh Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Dr Noraini Ahmad, Timbalan Pengarah Pusat Jalinan Masyarakat (UMCares) bersama ketua projek bagi program SDGs, Dr. Rosazlin Abdullah
Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran warga PPR Sri Pantai dalam kepentingan SDG dalam kehidupan individu dan seterusnya kepada kesejahteraan masyarakat. Seramai 150 orang penduduk PPR Sri Pantai telah menghadiri program ini dan dibantu oleh 50 orang warga Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur. Banyak aktiviti yang telah dijakankan sepanjang program ini di jalankan antaranya adalah gotong royong, penanaman bunga roselle, melukis muaral SDG dan banyak lagi. Aktiviti yang paling menarik minat warga PPR Sri Pantai adalah Eco-Brick di mana komuniti akan mengguna semula botol plastik air mineral yang tidak digunakan untuk dijadikan bata bagi membangunkan perabot atau bakul simpanan.
Program ini telah diterima baik oleh komuniti setempat kerana mereka dapat mengenali 17 Matlamat Pembangunan Mampan dengan lebih mendapat melalui aktiviti yang menarik. Mereka berharap agar program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih kerap.