• Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

UMCares@Taiping: Pemangkin Perubahan Komuniti

Universiti Malaya & Majlis Perbandaran Taiping

Pelancaran Rasmi UMCares@Taiping

Pavilion Zoo Taiping & Night Safari telah menjadi lokasi bersejarah bagi pelancaran rasmi UMCares@Taiping, sebuah inisiatif berimpak tinggi oleh Universiti Malaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Program ini merupakan manifestasi komitmen Universiti Malaya untuk menyatukan peranan ilmu, penyelidikan, dan khidmat masyarakat dalam memperkasa komuniti secara holistik dan mampan.

Majlis pelancaran rasmi UMCares@Taiping
Gambar: Perasmian Program UMCares@Taiping oleh YBhg. Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie

9 Projek Komuniti Berimpak Tinggi

Kampung Angkat Madani

Kampung Angkat Madani: Pembangunan Kaki Bukit Larut

Prof. Madya Dr. Nazli Che Din, Fakulti Alam Bina

SDG 8 SDG 11 SDG 15

Memulihara dan memperkasa kawasan kaki Bukit Larut sebagai tapak ekopelancongan dan warisan semula jadi untuk manfaat ekonomi dan alam sekitar penduduk setempat.

One Million Trees Programme

One Million Trees Programme

Dr. Sarah Abdul Razak, Fakulti Sains

SDG 13 SDG 15

Inisiatif hijau dengan sokongan Yayasan Petronas bagi menanam dan memulihara sejuta pokok, memperkukuh komitmen kelestarian alam sekitar.

Financial Empowerment

Financial Empowerment for B40 Entrepreneurs

Dr. Norazlin Ab Aziz, Fakulti Busines dan Ekonomi

SDG 1 SDG 5 SDG 8

Program pembangunan keusahawanan yang memberi latihan dan sokongan kewangan kepada wanita B40 bandar dan luar bandar.

Surface Water Assessment

Surface Water Assessment in Taiping Zoo

Dr. Fathiah Mohamed Zuki, Fakulti Kejuruteraan

SDG 6 SDG 14

Kajian saintifik yang menilai kualiti air dan rawatan eutrofikasi dalam kawasan Zoo Taiping untuk pengurusan sumber air lestari.

Investigating Behavioral Ecology

Behavioral Ecology & Welfare of Iconic Mammals

Ts. Dr. Noorhidayah Mamat, Fakulti Sains

SDG 15

Penyelidikan untuk memperbaiki amalan penjagaan haiwan dan memperkukuh kesejahteraan haiwan ikonik dalam kurungan di zoo.

Tangan Kecil Menjelajah Dunia

Tangan Kecil Menjelajah Dunia: Orkid, Bahasa & Harapan

Dr. Rozita Che Omar, Fakulti Bahasa dan Linguistik

SDG 4 SDG 15

Projek pendidikan awal kanak-kanak yang menumpukan kepada bahasa dan penerokaan alam semula jadi untuk kanak-kanak prasekolah.

KampungXPRESS

KampungXPRESS

Dr. Muhamad Shamsul Ibrahim, Fakulti Sastera dan Sains Sosial

SDG 9 SDG 11 SDG 13

Inisiatif pengangkutan komuniti pintar untuk kawasan kampung yang menghubungkan penduduk luar bandar secara efisien dan mesra alam.

Hentian Komuniti 3.0

Hentian Komuniti 3.0: Pemerkasaan Warga Emas (OTT)

Dr. Yong 'Adilah Shamsul Haruman, Fakulti Alam Bina

SDG 10 SDG 11

Melibatkan warga emas sebagai penyumbang aktif kepada masyarakat melalui sokongan teknologi digital seperti aplikasi Hentian Komuniti.

Inisiatif Lestari Komuniti

Inisiatif Lestari Komuniti: Pemulihan Tapak Sampah Haram

Dr. Mohamad Sofian Abu Talip, Fakulti Kejuruteraan

SDG 3 SDG 11 SDG 12

Usaha merawat dan mengembalikan tapak sampah haram kepada kawasan hijau menggunakan pendekatan teknologi mesra alam.

Komitmen Berterusan

Majlis pelancaran ini turut menyaksikan penyerahan cek cura kepada ketua-ketua projek komuniti, serta termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya dan Majlis Perbandaran Taiping.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
Gambar: Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UM dan MPT

UMCares@Taiping membuktikan bahawa penyelidikan akademik bukan hanya untuk makmal dan jurnal semata-mata, ia juga adalah pemangkin perubahan sosial. Inisiatif ini menjadi teladan bagaimana universiti dan komuniti dapat bergandingan membina masa depan yang lestari dan penuh harapan.

Last Update: 17/12/2025