• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)

Asian Student Environmental Platform (ASEP 2022)

Asian Student Environmental Platform (ASEP) adalah salah satu program tahunan anjuran AEON Environmental Foundation di mana mereka telah menjemput mahasiswa dari negara-negara Asia yang terpilih untuk menjadi peserta bagi program ini. Program ASEP ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa mengenai pentingnya alam sekitar kepada kita semua.Program ASEP ini telah bermula pada tahun 2012 lagi di mana Waseda University,Japan telah menjadi tuan rumah bagi tahun tersebut. Pada tahun ini, program ini telah dijalankan secara atas talian dan Satoyama telah menjadi tema utama bagi program ini. Satoyama (里山) ialah istilah Jepun yang digunakan untuk zon sempadan atau kawasan antara kaki gunung dan tanah rata yang boleh diusahakan. Secara harfiah, sato () bermaksud kampung, dan yama () bermaksud bukit atau gunung. Satoyama telah dibangunkan melalui penggunaan pertanian dan perhutanan berskala kecil selama berabad-abad.

Seramai 10 orang wakil mahasiswa telah dipilih dari setiap negara telah menyertai program ini. Universiti Malaya (UM) melalui Pusat Jalinan Komuniti (UMCares) telah memilih 10 orang pelajar dari pelbagai bidang dan latarbelakang untuk mejadi peserta. Program ASEP ini bermula dari 2 hingga 4 Ogos 2022. Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan konsep satoyama dan impak satoyama kepada alam sekitar. Para peseta juga dapat mengenali antara satu sama lain semasa program ini dijalankan.

Pihak UMCares telah megambil inisiatif tersendiri dengan mengadakan Pre-ASEP dan Post ASEP kepada mahasiswa UM dengan memperkanalkan konsep satoyama yang ada di Universiti Malaya. Dengan adanya inisiatif ini, mahasiswa UM dapat memahami konsep satoyama dengan lebih mendalam dan dapat menghadaptasikan konsep ini di tempat mereka. Antara tempat-tempat yang dilawati di Universiti Malaya adalah RIMBA Ilmu, Tasik Varsiti, Tapak Zero Waste dan Rumah No 2, Universiti Malaya. 

“Dengan adanya program ASEP ini, saya dapat menghayati dan menghargai alam sekitar dengan lebih mendalam terutamanya di Malaysia dan saya berharap agar kelestarian alam sekitar di Malaysia ini dapat teruskan dan ditambahbaik bagi kesenangan bersama pada masa akan datang.” Kata Sharifah salah seorang peserta ASEP 2022.

2 / 6
3 / 6
4 / 6
5 / 6
6 / 6

Peserta ASEP 2022
ASEP @ Rimba Ilmu UM
ASEP @ Rimba Ilmu UM
ASEP @ Rumah No 2, UM
ASEP @ Tasik Varsiti UM
ASEP @ Zero Waste UM

Highlights