Majlis bersejarah bagi meraikan penyerahan kaki palsu teknologi 3D dan demonstrasi pemasangan bersama barisan pakar kejuruteraan bioperubatan, pengurusan UMCares, serta rakan kolaborasi strategik.
09.30 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan
09.50 pagi: Ketibaan YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. Noraini Ahmad (Pengarah UMCares, Universiti Malaya)
10.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku
• Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Nasrul Anuar Abd Razak (Ketua Program BE ABLE)
• Tayangan Montaj Khas "Sedekad BE ABLE"
• Ucapan oleh YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. Noraini Ahmad (Pengarah UMCares)
• Sesi Penyerahan & Demonstrasi Pemasangan Kaki Palsu kepada 4 Penerima Manfaat
• Penyampaian Cenderamata kepada Rakan Kolaborasi
10.45 pagi: Jamuan Makan dan Bersurai
Saksikan perjalanan sedekad jalinan komuniti, translasi teknologi percetakan 3D prostetik, dan impak mobiliti terhadap kualiti kehidupan para penerima manfaat.
Paparan proses imbasan anatomi, rekaan digital, pencetakan 3D, serta sesi ujian klinikal dan penyerahan kaki palsu kepada para penerima manfaat.






Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan kolaborasi tempatan, antarabangsa dan agensi sokongan yang bersama-sama merealisasikan misi memperkasakan komuniti OKU.
Kerjasama jitu bersama Artalive, ProGait (Prosthetics and Orthotics Centre), SIRIM, serta syarikat spin-off Universiti Malaya, BioApps Sdn. Bhd. (From Research to Retail).
Perkongsian teknologi dan metodologi bertaraf global bersama InstaliMb dalam memajukan inovasi soket serta kaki palsu digital 3D.
Mendapat sokongan padu daripada Pusat Rehabilitasi PERKESO serta International Society for Prosthetics and Orthotics (ISPO) ke arah pemulihan fungsian menyeluruh.
Penyelarasan dan dokongan berterusan daripada UMCares di bawah pimpinan Prof. Madya ChM. Dr. Noraini Ahmad dalam memacu inisiatif jalinan universiti-masyarakat.