• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Program komuniti perdana PJ yang di adakan pada 13 Oktober 2024 di Dewan Taman Dato Harun, PJS2/6, PJ ini yang merupakan anjuran bersama di antara UNIVERSITI MALAYA DAN MBPJ, mempunyai untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan dan kesihatan dalam menghadapi alam persaraan. Kami juga berusaha untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran peserta supaya mereka dapat mengamalkan pengurusan kewangan yang lebih berkesan dan terancang serta penjagaan kesihatan yang baik agar boleh menghindari penyakit yang akan memakan kos perbelanjaan hidup.   Disamping itu, program ini adalah meraikan sambutan Hari Warga Emas Sedunia 2024 yang disambut setiap 1 oktober,

Menurut Pengarah Projek, Prof Madya Dr. Zalfa ketika berucap, tema yang dipilih ini sangat memberi makna kepada program ini iaitu  "Bijak Kewangan, Cegah Penyakit, Keluarga Sejahtera"

Bijak Kewangan menekankan pentingnya membuat keputusan kewangan yang bijak agar persaraan dapat dilalui dengan lebih tenang dan stabil.  Cegah Penyakit pula merujuk kepada pentingnya menjaga kesihatan fizikal dan mental, kerana kesejahteraan kesihatan adalah aset paling berharga di usia emas. Akhir sekali, Keluarga Sejahtera menggariskan betapa pentingnya kesejahteraan keluarga yang harmoni dan sokongan moral dalam memastikan pesara dan warga emas menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.

Malah pada masa yang sama sambutan hari warga emas ini adalah sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan besar warga emas kepada keluarga, komuniti, dan negara.  Ia juga  meningkatkan kesedaran tentang hak-hak dan keperluan warga emas, termasuk penjagaan kesihatan, sokongan sosial, dan kesejahteraan kewangan. Yang penting, program seperti ini akan menggalakkan masyarakat untuk berinteraksi dan menyokong warga emas, agar mereka tidak merasa terpinggir atau diabaikan.  Akhirnya ia akan dapat memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap pengalaman hidup, kebijaksanaan, dan sejarah yang dimiliki warga emas.

Turut berucap mewakili Universiti Malaya, Datin Prof Madya Dr. Izlin Ismail, Timbalan Dekan Penyelidikan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, beliau berkata Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi sentiasa mengambil tanggungjawab yang besar dalam pembangunan masyarakat. Sebagai pusat ilmu, universiti bukan sahaja berperanan dalam mendidik pelajar-pelajar kita, tetapi juga melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memperkasakan komuniti dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan, terutamanya di zaman yang serba canggih ini.  Seiring dengan perkembangan digital dan teknologi yang pesat, komuniti haruslah terus berusaha untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran yang baru. Ilmu pengetahuan adalah aset paling berharga yang akan memastikan kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Harapan universiti adalah agar para peserta terus mencari peluang untuk belajar, bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri tetapi juga bagi manfaat keluarga dan masyarakat. Ilmu yang diperolehi dari seminar ini, terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan dan penjagaan kesihatan, perlu juga disampaikan kepada ahli keluarga masing-masing.

Kita semua sedia maklum bahawa jangka hayat rakyat Malaysia kini dianggarkan mencapai umur 78 tahun. Ini bermakna, tempoh selepas persaraan bukanlah tempoh yang singkat, malah boleh menjangkau dua dekad atau lebih. Justeru itu, amatlah penting untuk kita memastikan bahawa kewangan dan kesihatan diri berada dalam keadaan yang stabil dan terurus dengan baik.

Bagi mencapai objektif, program ini juga menyediakan beberapa aktiviti seperti ceramah dan pameran dari rakan kerjasama iaitu pemeriksaan saringan kesihatan dan pameran kesihatan oleh HOPE PPUM, penerangan khidmat kewangan dari KWSP, AKPK dan Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM.   Antara penceramah yang menyampaikan ceramah kepada peserta di kalangan pesara dan bakal pesara  ialah Pakar Perubatan Prof Madya Dr. Nur Amani Natasha Ahmad Tajuddin yang  menerangkan tajuk “Bijak Kewangan, Cegah Penyakit dan Keluarga Sejahtera”, Penasihat Khidmat Kewangan Puan Mogana A/P Murugan @ Arujunan dari KWSP dan Tuan Muslihuddin Rozlan dari AKPK yang menyampaikan tajuk “ Urus Wang Minda Tenang”  dan penceramah dari Jabatan Kewangan UM Prof Madya Dr. Mohd Edil Abd Sukor menyampaikan ceramah bertajuk “Lindungi Harta dari Scam Kewangan di Era Persaraan”.  Semua aktiviti ini adalah amat bersesuaian dengan tema tersebut.   Ilmu pengetahuan kewangan dan kesihatan itu akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta bakal pesara dan pesara untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera.

Highlights