• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2024 – Kejohanan Walking Football telah pada 27 dan 28 januari di padang C, Universiti Malaya. Kejohanan ini dianjurkan oleh Universiti Malaya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sebanyak lapan pasukan telah menyertai kejohanan ini antaranya adalah ASFC, MBPJ WFC, Seremban Veteran WFC, Really Old Frees WFC, UMVWFC, Cool Retros WFC, Rope Walk WFC dan juga Sonia WFC. Kelapan-lapan pasukan akan berebut untuk mendapatkan gelaran juara dan seterusnya membawa pulang wang tunai, piala pusingan berserta pingat. Kejohanan ini telah medapat sokongan dan tajaan daripada beberapa industri antaranya adalah Solaris Scientific (M) Sdn Bhd., Yakult, Hyruan One, Mr. D.I.Y, CIMed Healthcares dan juga 100 plus. Kejohanan ini adalah dari kesinambungan daripada Program Walking Football - Komuniti Perdana Petaling Jaya yang telah dijalankan sejak bulan Mei 2023.

Pasukan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai Dr Ahmad Hazwan Bin Ahmad Shushami,pensyarah dari Unit Perubatan Sukan Fakulti Perubatan Universiti Malaya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini dengan sedikit suntikan dana dari Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares). Matlamat utama program adalah untuk memperkasakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan berusia dan memperkenalkan Walking Football kepada masyarakat Malaysia. Walking Football sangat sesuai kepada golongan berusia adalah kerana sukan ini berintensiti lebih rendah berbanding dengan sukan bola speak yang sebenar. Ini kerana sukan ini mempunyai risiko kecederaan yang sangat minimum. Undang-undang sukan ini juga sedikit berbeza di mana pemain hanya dibenarkan berjalan dan bola tidak noleh melebihi paras kepala.Sukan ini masih baru di Malaysia dan dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan lagi.

Program bermula sejak bulan Mei 2023 dan proses pertama adalah pencarian dan pembentukan pasukan Walking Football dari sekitar Lembah Klang sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2023. Setelah Berjaya mendapatkan 8 pasukan bertanding, semua peserta dikehendaki menjalankan pemeriksaan dan saringan kesihatan utnuk memastikan mereka benar-benar sihat untuk menyertai program ini. Antara parameter penting yang diamabil kira adalah pemeriksaan jantung, tekanan darah dan juga ujian gula dalam darah. Selain itu peserta turut disaring dari sudut kecergasan seperti ‘6-minute walk test’ dan analisis komposisi badan. Pasukan kemudiannya diberi masa untuk berlatih selama 3 bulan. Beberapa sesi latihan dan perlawanan persahabatan turut dianjurkan untuk memberi pendedahan berkenaan undang-undang permainan kepada semua pasukan. Setelah tiga bulan menjalani laitihan, para peserta terlibat menjalani semula ujian kecergasan untuk melihat perubahan yang belaku kepada semua peserta.

Highlights