• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

 Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)

UM Explorace 2022

Universiti Malaya mempunyai keunikan tersendiri sebagai Universiti Awam berstatus Universiti Penyelidikan tertua di Malaysia dan terkemuka di arena antarabangsa merentas disiplin ilmu: sains, kemanusiaan, kebudayaan, dan sains sosial. Bersempena penganjuran UM Research Carnival (UMRC) yang bakal berlangsung pada Disember 2022, satu platform khas sebagai salah satu acara pemula UMRC dinamakan UM Explorace diperkenalkan.

Acara ini menjanjikan cabaran yang bakal menguji kecergasan fizikal dan kecerdasan minda peserta dari Universiti Malaya dan umum untuk merebut gelaran juara UM Explorace 2022. Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kelestarian UM (UMSDC) selaku penganjur acara ini mempertaruhkan cabaran 8 Checkpoint menarik sekitar kampus UM yang menawarkan pengalaman unik kepada peserta untuk mengenali UM secara santai dalam program berkonsepkan perlumbaan yang julung kali dianjurkan dibawah platform penyelidikan dan inovasi UM. Hadiah menarik menanti juara dan peserta UM Explorace 2022.

OBJEKTIF

  1. Memperkenalkan sebahagian elemen penyelidikan Universiti Malaya termasuk tempat menarik sebagai destinasi edu-tourism kepada peserta yang terdiri daripada warga UM dan komuniti luar.
  2. Mendekatkan Universiti Malaya kepada komuniti luar dalam program bersifat rekreasi yang menguji kecergasan fizikal dan kecerdasan minda peserta. 
  3. Memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengenali Universiti Malaya dalam program bersifat santai dan informatif.

Tempat

Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya

Tarikh

Tarikh Tutup Penyertaan

TERMA DAN SYARAT

  1. 1 kumpulan mestilah terdiri dari 5 orang peserta
  2. Peserta mestilah berumur 16 tahun dan ke atas.
  3. Hanya 100 kumpulan pertama yang mendaftar secara lengkap layak untuk menyertai pertandingan ini.
  4. Setiap peserta mestilah memakai baju rasmi UM Explorace 2022 di sepanjang masa pertandingan dijalankan.
  5. Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat baju-T, beg cenderahati and e-sijil.
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 Disember 2022
  7. 5 pasukan yang terawal menghabiskan semua tugasan/cabaran yang diberikan dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
  8. Keselamatan peserta sebelum, semasa dan selepas UM Explorace adalah atas tanggungjawab sendiri
  9. Borang penyertaan mestilah diisi dengan lengkap dan peserta dikehendaki membuat pembayaran yang diterima oleh pihak penganjur sebagai penyertaan yang sah.
  10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap tanpa memberi sebarang alasan.
  11. Semua bahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan acara ini adalah milik penganjur dan penganjur berhak menggunakannya dalam apa cara sekalipun untuk tujuan publisiti, dokumentasi dan pelaporan.
  12. Penganjur acara berhak mengubah peraturan / menukar atau menunda tarikh atau membatalkan acara sekiranya perlu.
  13. Keputusan di dalam pemilihan pemenang dibuat oleh penganjur. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang protes atau bantahan tidak akan diterima atau dilayan.

Pendafaran dibuka!

Daftar sekarang dengan menekan pauatan di bawah

 

 

Highlights