• Welcome to Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares)
  • umcares@um.edu.my
  • 03-79677357
logo
logo

Pavilion Zoo Taiping & Night Safari telah menjadi lokasi bersejarah bagi pelancaran rasmi UMCares@Taiping, sebuah inisiatif berimpak tinggi oleh Universiti Malaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh pelbagai pemegang taruh dari agensi kerajaan, institusi akademik dan masyarakat setempat.

Program ini merupakan manifestasi komitmen Universiti Malaya untuk menyatukan peranan ilmu, penyelidikan, dan khidmat masyarakat dalam memperkasa komuniti secara holistik dan mampan. Beberapa projek unggul telah diketengahkan melalui pelbagai bidang kepakaran penyelidik UM dalam menjawab keperluan sebenar komuniti tempatan.

Projek-projek Komuniti Berimpak Tinggi di Bawah UMCares@Taiping:













Majlis turut menyaksikan penyerahan cek cura kepada ketua-ketua projek komuniti, serta termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya dan Majlis Perbandaran Taiping, sebagai simbolik komitmen berterusan terhadap pembangunan komuniti yang berasaskan penyelidikan dan inklusif.UMCares@Taiping membuktikan bahawa penyelidikan akademik bukan hanya untuk makmal dan jurnal semata-mata. ia juga adalah pemangkin perubahan sosial. Inisiatif ini menjadi teladan bagaimana universiti dan komuniti dapat bergandingan membina masa depan yang lestari dan penuh harapan.

Highlights